Assalamualaikum, welcome to the kota mimpi ngeri.

Friday, 5 July 2013

5 Hari Sebelum Puasa

Harini aku agak relax sebab petang free ngan tutorial malam dibatalkan, so banyak sangat masa sampai aku boleh update blog ni hehe.  Okay berbalik pada title diatas 5 hari sebelum puasa (da gaya cam mengajar la pula haha), 5 hari lagi Syaaban akan meninggalkan kita dan Ramadan akan kunjung tiba.  Maka bermula lah puasa bagi umat Islam di seluruh dunia termasuk aku.  Tapi berlainan sikit bagi aku yang dah biasa puasa kat rumah ni, tahun ni aku akan berpuasa di matrik.

     Aku dapat cuti 3 hari masa puasa ke-3 nanti, tapi cuti pun tak serupa cuti aku rasa.  Balik je dari cuti pelbagai jenis pra-UPS menanti aku, takpe qin 10 bulan je kat matrik ni.  Macam aku cakap kat PLKN dulu, tapi hakikatnya bila keluar mesti sedih yang teramat, sampai sekarang aku masih mengharapkan aku dapat balik ke masa lampau dan berada kat KPH.  Mengarut je qin ni, kalau dalam cerita Doraemon takpe la juga.  Dalam erti kata lain 'berpijaklah di bumi yang nyata', dan di bumi nyata aku berada di Kolej Matrikulasi Melaka haha.  Melalut dah aku cerita, berbalik kepada puasa tadi aku akan berpuasa di sini.  Ber-iftar dan ber-sahur bersama rakan-rakan, pengalaman yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama aku hidup selama 18 tahun 1 bulan 19 hari 16 jam 10 minit 15 saat.  Lama tak aku tunggu, hahaha tak boleh blah la qin sampai saat kau kira.

     Semalam ada ceramah kat surau, disebabkan surau tu terlampau la kecil untuk menampung keseluruhan pelajar Islam kat sini aku pun duduk kat luar dan kenalah solat di bilik je.  Dalam keadaan hujan renyai-renyai yang tak langsung menunjukkan tanda nak behenti, aku terbatuk-batuk la luar tu (baru je nak sembuh) dengan kesejukkan tahap peti ais sejuk beku.  Suara penceramah pun sayup-sayup kedengaran kat telinga aku, bukan tak dengar langsung ye.  Cuma aku tak dapat tangkap point-point ceramah dia, sikit-sikit dapat la macam dia ada bagi doa aku salin dalam buku.  Teringat kat PLKN, rutin setiap pagi jumaat kitorang ialah dengar ceramah ustaz kat surau KPH dan pernah sekali ustaz tanya aku soalan pasal tajuk yang sebelum tu dia bagitau kitorang.  Dia soal aku sebab dia kata gaya aku dengar ceramah dia lain dari yang lain (dua tangan tahan dagu) dan satu lagi sebab lain aku rasa sebab aku duduk depan dalam kumpulan wirawati Delta .  Nasib baik bukan waktu aku berangan masa dia soal, kalau tak sia-sia je ustaz tu kena soal balik (soalan dijawab soalan) hahaha.  Rindu pula nak dengar ceramah ustaz ngan ustazah KPH.  Lepasni boleh dengar ceramah ustaz ngan ustazah KMM la pula, tak best sebab takde slide (bole terima tak jawapan aku).  Gurau je, best gak la ceramah dia walaupun tak dapat point tapi sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu.

     Baru teringat ada satu pesanan yang penceramah bagi iaitu 'Perbanyakkanlah Ibadah Sunat di Bulan Ramadan'.  Akhir kata dari aku 'Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan' buat semua umat Islam tak kira dimana anda berada.

#Kenangan Demi Kenangan Melewati Hidupku, Sukarnya Melupakan

Wednesday, 3 July 2013

B2.2.9

Sebenarnya nak cerita pasal pertukaran bilik baru.  Aku ngan roomate aku lagi 3 orang kena tukar bilik sebab felo cakap bilik kitorang tu bilik sakit dan satu lagi sebab lain felo cakap kitorang selalu tidur lewat n bising.  Biasalah student tidur lewat kan, kat sini aku perasan satu dua bilik je yang tidur sebelum 1 pagi.  Yang lain macam aku ngan roomate aku la tidur lewat siapkan assignment or study.

     Maka daripada cerita di atas (haha baku habis), aku pun di tukarkan ke bilik B2.2.9.  Pertukaran ini semestinya tidak dipersetujui daripada kami berempat yang sudah lebih 25 hari teman roomate yang teramat rapat.  Kat luar bilik kitorang busy + tension dengan kehidupan matrik, bilik B2.1.5 merupakan satu-satunya tempat kitorang release semua tension, stress dan semua kebosanan.  Kitorang bergelak ketawa, berhibur, bercerita, belajar, berkongsi, memberi dan menerima nasihat, makan, tidur dan melakukan hampir setiap aktiviti di luar dewan kuliah ngan tutorial bersama.  Sedih juga memikirkan lepas ni balik bilik tiada lagi muka annoying (Jieha), ketawa terkuat di aras 1 B2 (Yasmin) ngan loghat Perak (Sha).  Kenangan kitorang nampak macam sikit tapi kalau dulu sorang balik bermalam or keluar outing pun terasa kesunyian sangat dalam bilik tu apatah lagi kalau semua sekali tak berkumpul macam sekarang makin sunyi terasa.

    Harini 3/7/2013 sebelum maghrib kitorang kena kosongkan bilik dan pindah ke bilik baru.  Sebenarnya 2 hari lepas lagi roomate aku dah alihkan barang diorang dan dapat kunci bilik baru, aku pula baru dapat kunci sebelum asar tadi sebab kunci aku felo kata ada kat Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).  Aku pun alihkan barang aku dan kemas tempat baru sebelum pukul 6.30pm, penat kat kelas tak habis lagi dengan niat nak tidur petang aku terganggu sebab dapat kunci lebih awal dari jangkaan (sebenarnya terlampau lewat).  Nasib baik felo cakap kitorang akan kekal kat bilik baru tu sampai habis tempoh belajar kat matrik ni, tak perlulah aku fikir lagi macam mana nak pindah bilik lagi.

     Walaupun kitorang dah jadi ex-roomate tapi xtvt makan malam bersama masih berjalan seperti biasa cuma tempat saja yang berbeza.  Kalau dulu meja study merupakan tempat makan kitorang di B2.1.5, sekarang berubah ke bersila berkerusi mejakan lantai di B2.2.2 (bilik Yasmin ngan Sha).  Tapi satu je yang masih tak berubah iaitu xtvt sharing makanan dan pergi kafe bersama-sama (waktu petang n sometime tengahari).  Apa boleh buat kitorang berlainan praktikum dan boleh jumpa kat blok je, tapi kitorang memang akrab sangat sampai jiran2 kitorang pelik tengok kitorang yang rapat di luar dan dalam bilik.

     Aku harap persahabatan kitorang tak terhenti di sini dan berterusan sampai keluar matrik dan masuk U kelak dan aku harap kita sentiasa dapat berkumpul bersama.

#Jangan Pernah Lupakan Kenangan Kerana Ia Mengajar Kita di Masa Hadapan