Assalamualaikum, welcome to the kota mimpi ngeri.

Wednesday 11 December 2013

Perjalanan Belum Tamat

  Biasa kita dengar 'gagal sekali tak bermakna gagal selamanya'.  Kehidupan seorang pelajar ada pasang dan surut, terkadang kita berada diatas dan terkadang kita berada dibawah.  Usah kita berbangga dengan kebijaksanaan kita kerana kita tidak tahu bahawa dalam masa yang sama rakan-rakan kita sedang berusaha mengejar kita dari belakang dan tidak mustahil mereka boleh melepasi kita kalau kita terus dibuai rasa bangga.  Kebijaksanaan yang kita ada hendaklah kita berkongsi bersama rakan-rakan yang memerlukan.

  Jika kita yang berada di bawah, jangan pernah kita salahkan takdir kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Sebaiknya, kita berusaha supaya dapat mengubah kepada yang lebih baik dan jangan pernah kenal erti putus asa.  'Usaha tangga kejayaan' ayat yang mesti dipegang untuk mencapai kejayaan.

#FrustPunyaPasal =p

Saturday 5 October 2013

Persediaan Menghadapi PSPM

Baca title je pun dah boleh buat aku rasa macam semakin hampir dengan PSPM.  Seram sejuk bila memikirkan samada cukup ke persediaan yang aku buat, dan betul ke aku dah bersedia?  Persoalan itu selalu berlegar-legar di minda aku tanpa jawapan.  Terkadang bila kemalasan melanda diri, hanya kata semangat sahaja yang dapat melawan.  Teringat kembali pesan keluarga, saudara-mara dan pensyarah-pensyarah agar berusaha untuk mencapai kejayaan.  Seperti tertulis pada penanda buku hadiah daripada pensyarah akaun aku, En Hussin sebagai hadiah di atas kejayaan praktikum aku berjaya mencapai target yang dia tetapkan, ayatnya 'Man Jadda Wajadda' yang bermaksud 'sesiapa yang berusaha...pasti berjaya'.  


Pemangkin semangat daripada unit Perakaunan :-D

#Oh Melaka engkau tetap dihati, oh Melaka gunung sanggup didaki, oh Melaka lautan ku renangi berjuang dan berbakti untuk ibu pertiwi- pickup lirik sorak KAKOM :-)

Saturday 14 September 2013

Takut...Gentar...Cuak...

  Perasaan aku bercampur baur apabila mengenangkan beberapa hari lagi result UPS nak keluar.  Walaupun hanya 10% daripada result sebenar, tapi terasa macam besar je nilai dia.  Hurm...apa nak buat kan benda dah lepas.  Nak ubah tak boleh, nak ulang pun tak boleh.  Terima je lah dengan hati terbuka.  Buat penambahbaikan pada masa hadapan, macam PSPM yang lagi sebulan.  Aku akan berusaha lebih lagi kali ni dan tingkatkan penguasaan dalam setiap subjek.

#Takut tak takut, Gentar tak gentar, Cuak tak cuak cuak...Go Delta (sorry Charlie) hahaha

Friday 23 August 2013

Having a friend like you

  It hard to find a friend such like you, maybe never get at all.  I am trying and trying to find but all fail. Even they don't have any characteristic like you, all that they have are hate each other, lying, shows their friends their bad mood, never need forgiven in their life. And the very hurt thing that they never feel that i'm their friends at all.  I know this is a sad story but i need to shares about this big problem to me.

  First at all i'm sorry because i had did it before to my all friends.  But i know that my old friends all are lying to me, they be my friend because i'm loaded.  I have money and can buy them credit for their phone.  Silly me for being their friends even I know what is their agenda.  Even my secondary school friends still 'play stupid game' to me, maybe i should take mom's words 'must move on, having a life.  Forget the past, and maybe will meet them later but not now'.  I agree with that, must move on with my new life.  Chill with everything that i will get, never see the past.  Only change the bad thing that you did before.

Lastly, don't be a moron girl, study, change nto the good one and always smile, love Allah, mom, dad and sibling.

xoxo

Monday 5 August 2013

Hari Raya VS UPS

  Ramadhan bakal melabuhkan tirai lagi beberapa hari dan Syawal akan menjelma.  Rasa macam sekejap je puasa tahun ni, mungkin sebab aku terlampau 'buzy' buat persiapan UPS sampai tak sedar yang dah sampai penghujung Ramadhan.  Aku nak ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya' buat semua.

  Tahun ni, satu keluarga aku beraya kat rumah.  Nenek aku pun ada kat sini, tapi memang tak semeriah kat kampung la.  Kalau kat kampung masa-masa macam ni mesti nenek aku tengah kemas rumah ngan balut ketupat.  Tapi sekarang nenek aku tak berapa sihat, so kitorang beraya ala kadar jer.  Tapi sekurang-kurangnya aku masih lagi boleh beraya dengan nenek aku, tak macam tahun lepas aku beraya ngan mak aku jer.

  4 hari lepas raya aku akan menghadapi Ujian Pertengahan Semester (UPS).  Persiapan untuk UPS aku kena sediakan walaupun hari raya, rasa geram pun ada tapi memikirkan mama ngan abah terus rasa bersemangat.  Aku tak nak kecewakan mama ngan abah macam mana aku dah buat sebelum ni, I want to make them proud of their daughter.  Yeah, Iqin pasti boleh!!!

#Di Hari Mulia Ini Ku Susun Sepuluh Jari, Mohon Ampun Zahir & Batin

Friday 5 July 2013

5 Hari Sebelum Puasa

Harini aku agak relax sebab petang free ngan tutorial malam dibatalkan, so banyak sangat masa sampai aku boleh update blog ni hehe.  Okay berbalik pada title diatas 5 hari sebelum puasa (da gaya cam mengajar la pula haha), 5 hari lagi Syaaban akan meninggalkan kita dan Ramadan akan kunjung tiba.  Maka bermula lah puasa bagi umat Islam di seluruh dunia termasuk aku.  Tapi berlainan sikit bagi aku yang dah biasa puasa kat rumah ni, tahun ni aku akan berpuasa di matrik.

     Aku dapat cuti 3 hari masa puasa ke-3 nanti, tapi cuti pun tak serupa cuti aku rasa.  Balik je dari cuti pelbagai jenis pra-UPS menanti aku, takpe qin 10 bulan je kat matrik ni.  Macam aku cakap kat PLKN dulu, tapi hakikatnya bila keluar mesti sedih yang teramat, sampai sekarang aku masih mengharapkan aku dapat balik ke masa lampau dan berada kat KPH.  Mengarut je qin ni, kalau dalam cerita Doraemon takpe la juga.  Dalam erti kata lain 'berpijaklah di bumi yang nyata', dan di bumi nyata aku berada di Kolej Matrikulasi Melaka haha.  Melalut dah aku cerita, berbalik kepada puasa tadi aku akan berpuasa di sini.  Ber-iftar dan ber-sahur bersama rakan-rakan, pengalaman yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama aku hidup selama 18 tahun 1 bulan 19 hari 16 jam 10 minit 15 saat.  Lama tak aku tunggu, hahaha tak boleh blah la qin sampai saat kau kira.

     Semalam ada ceramah kat surau, disebabkan surau tu terlampau la kecil untuk menampung keseluruhan pelajar Islam kat sini aku pun duduk kat luar dan kenalah solat di bilik je.  Dalam keadaan hujan renyai-renyai yang tak langsung menunjukkan tanda nak behenti, aku terbatuk-batuk la luar tu (baru je nak sembuh) dengan kesejukkan tahap peti ais sejuk beku.  Suara penceramah pun sayup-sayup kedengaran kat telinga aku, bukan tak dengar langsung ye.  Cuma aku tak dapat tangkap point-point ceramah dia, sikit-sikit dapat la macam dia ada bagi doa aku salin dalam buku.  Teringat kat PLKN, rutin setiap pagi jumaat kitorang ialah dengar ceramah ustaz kat surau KPH dan pernah sekali ustaz tanya aku soalan pasal tajuk yang sebelum tu dia bagitau kitorang.  Dia soal aku sebab dia kata gaya aku dengar ceramah dia lain dari yang lain (dua tangan tahan dagu) dan satu lagi sebab lain aku rasa sebab aku duduk depan dalam kumpulan wirawati Delta .  Nasib baik bukan waktu aku berangan masa dia soal, kalau tak sia-sia je ustaz tu kena soal balik (soalan dijawab soalan) hahaha.  Rindu pula nak dengar ceramah ustaz ngan ustazah KPH.  Lepasni boleh dengar ceramah ustaz ngan ustazah KMM la pula, tak best sebab takde slide (bole terima tak jawapan aku).  Gurau je, best gak la ceramah dia walaupun tak dapat point tapi sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu.

     Baru teringat ada satu pesanan yang penceramah bagi iaitu 'Perbanyakkanlah Ibadah Sunat di Bulan Ramadan'.  Akhir kata dari aku 'Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan' buat semua umat Islam tak kira dimana anda berada.

#Kenangan Demi Kenangan Melewati Hidupku, Sukarnya Melupakan

Wednesday 3 July 2013

B2.2.9

Sebenarnya nak cerita pasal pertukaran bilik baru.  Aku ngan roomate aku lagi 3 orang kena tukar bilik sebab felo cakap bilik kitorang tu bilik sakit dan satu lagi sebab lain felo cakap kitorang selalu tidur lewat n bising.  Biasalah student tidur lewat kan, kat sini aku perasan satu dua bilik je yang tidur sebelum 1 pagi.  Yang lain macam aku ngan roomate aku la tidur lewat siapkan assignment or study.

     Maka daripada cerita di atas (haha baku habis), aku pun di tukarkan ke bilik B2.2.9.  Pertukaran ini semestinya tidak dipersetujui daripada kami berempat yang sudah lebih 25 hari teman roomate yang teramat rapat.  Kat luar bilik kitorang busy + tension dengan kehidupan matrik, bilik B2.1.5 merupakan satu-satunya tempat kitorang release semua tension, stress dan semua kebosanan.  Kitorang bergelak ketawa, berhibur, bercerita, belajar, berkongsi, memberi dan menerima nasihat, makan, tidur dan melakukan hampir setiap aktiviti di luar dewan kuliah ngan tutorial bersama.  Sedih juga memikirkan lepas ni balik bilik tiada lagi muka annoying (Jieha), ketawa terkuat di aras 1 B2 (Yasmin) ngan loghat Perak (Sha).  Kenangan kitorang nampak macam sikit tapi kalau dulu sorang balik bermalam or keluar outing pun terasa kesunyian sangat dalam bilik tu apatah lagi kalau semua sekali tak berkumpul macam sekarang makin sunyi terasa.

    Harini 3/7/2013 sebelum maghrib kitorang kena kosongkan bilik dan pindah ke bilik baru.  Sebenarnya 2 hari lepas lagi roomate aku dah alihkan barang diorang dan dapat kunci bilik baru, aku pula baru dapat kunci sebelum asar tadi sebab kunci aku felo kata ada kat Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).  Aku pun alihkan barang aku dan kemas tempat baru sebelum pukul 6.30pm, penat kat kelas tak habis lagi dengan niat nak tidur petang aku terganggu sebab dapat kunci lebih awal dari jangkaan (sebenarnya terlampau lewat).  Nasib baik felo cakap kitorang akan kekal kat bilik baru tu sampai habis tempoh belajar kat matrik ni, tak perlulah aku fikir lagi macam mana nak pindah bilik lagi.

     Walaupun kitorang dah jadi ex-roomate tapi xtvt makan malam bersama masih berjalan seperti biasa cuma tempat saja yang berbeza.  Kalau dulu meja study merupakan tempat makan kitorang di B2.1.5, sekarang berubah ke bersila berkerusi mejakan lantai di B2.2.2 (bilik Yasmin ngan Sha).  Tapi satu je yang masih tak berubah iaitu xtvt sharing makanan dan pergi kafe bersama-sama (waktu petang n sometime tengahari).  Apa boleh buat kitorang berlainan praktikum dan boleh jumpa kat blok je, tapi kitorang memang akrab sangat sampai jiran2 kitorang pelik tengok kitorang yang rapat di luar dan dalam bilik.

     Aku harap persahabatan kitorang tak terhenti di sini dan berterusan sampai keluar matrik dan masuk U kelak dan aku harap kita sentiasa dapat berkumpul bersama.

#Jangan Pernah Lupakan Kenangan Kerana Ia Mengajar Kita di Masa Hadapan

Friday 28 June 2013

Kehidupan Di Matrikulasi

Kedatangan aku ke sini(Matrik) dengan niat ingin belajar dan berdikari.  Tapi bila di sini, aku mula merasakan sedikit sukar untuk aku belajar, mungkin sebab aku ambilan kedua.  Pelajar ambilan pertama dah masuk 3 minggu awal, so aq kena belajar apa yang diorang belajar dalam tempoh seminggu lebih. -,-"

     Tapi aku bersyukur sangat kerana aku hanya amik masa dua hari je untuk sesuaikan diri.  Rakan sebilik aku semua pelajar sains kecuali aku, dua tiga hari selepas orentasi baru aku jumpa rakan yang sama jurusan.  Malah diorang lah yang jadi kawan baik merangkap peneman aku di dewan kuliah, kafeteria dan xtvt mengukur kolej.  Boleh kata dari pagi sampai sebelum isyak aku bersama diorang.

   
Keadaan di bilik kuliah

     Sebenarnya aku suka duduk belakang sekali dan kebetulan kawan-kawan aku pun satu kepala.  Xtvt kitorang kat bilik kuliah kalau bosan mesti tangkap gambar takpun balas wechat sesama sendiri, hahaha kalau mak aku tau habislah aku.  Tapi kitorang dah hentikan xtvt tu sebab chapter subjek kitorang dah makin susah.

Roomate aku, Jiehah

     Roomate aku best sangat, setiap hari bila balik bilik mesti kecoh dengar suara diorang gelak.  Sampai pernah sekali felo datang bilik kitorang cakap yang kitorang bising sangat.  Haha, sorry felo kitorang memang kalau bersama boleh dengar suara kitorang satu block ni.  Kadang-kadang kitorang nampak macam gaduh padahal tengah bergurau.

     Inilah kehidupan aku di Kolej XD

#Berkawan Biar Beribu

Kehidupan Di Matrikulasi

Kedatangan aku ke sini(Kolej Matrikulasi Melaka) dengan niat ingin belajar dan berdikari.  Tapi bila di sini, aku mula merasakan sedikit sukar untuk aku belajar, mungkin sebab aku ambilan kedua.  Pelajar ambilan pertama dah masuk 3 minggu awal, so aq kena belajar apa yang diorang belajar dalam tempoh seminggu lebih. -,-"

     Tapi aku bersyukur sangat kerana aku hanya amik masa dua hari je untuk sesuaikan diri.  Rakan sebilik aku semua pelajar sains kecuali aku, dua tiga hari selepas orentasi baru aku jumpa rakan yang sama jurusan.  Malah diorang lah yang jadi kawan baik merangkap peneman aku di dewan kuliah, kafeteria dan xtvt mengukur kolej.  Boleh kata dari jpagi sampai sebelum isyak aku bersama diorang.

   
Keadaan di bilik kuliah

     Sebenarnya aku suka duduk belakang sekali dan kebetulan kawan-kawan aku pun satu kepala.  Xtvt kitorang kat bilik kuliah kalau bosan mesti tangkap gambar takpun balas wechat sesama sendiri, hahaha kalau mak aku tau habislah aku.  Tapi kitorang dah hentikan xtvt tu sebab chapter subjek kitorang dah makin susah.

Roomate aku, Jiehah

     Roomate aku best sangat, setiap hari bila balik bilik mesti kecoh dengar suara diorang gelak.  Sampai pernah sekali felo datang bilik kitorang cakap yang kitorang bising sangat.  Haha, sorry felo kitorang memang kalau bersama boleh dengar suara kitorang satu block ni.  Kadang-kadang kitorang nampak macam gaduh padahal tengah bergurau.

     Inilah kehidupan aku di Kolej Matrikulasi Melaka XD

#Berkawan Biar Beribu

Sunday 2 June 2013

- Perlepasan Awal -

Aku pelatih PLKN kumpulan 2 siri 10/2013 kat Kem PH.  Tak lama pun aku kat sana, baru 2 bulan aku dah keluar untuk sambung study.  Sambung study la sangat (alasan untuk keluar awal je tu).  Bak kata budak Kem PH 'INI SEMUA POYO' .

   Masa mula-mula nak minta kebenaran perlepasan awal tu memang la gembira gila(fikir lepas dari plkn je), tapi bila fikir panjang aku ni macam penipu pula.  Keluar sebab form6 tapi tak pergi pun sebenarnya, tak ke menipu namanya tu :-/.

   Satu lagi aku fikir disebabkan aku, kawan baik aku(715) nekad nak keluar juga.  Serius aku tak terfikir langsung yang mak dia sanggup burn RM500++ untuk keluarkan dia dari PLKN, memang la mula-mula niat dia sendiri nak keluar tapi lepas aku pujuk dengan janji palsu aku (kelentong dia konon aku stay sampai 21 Jun) dia memang pasrah nak tinggal sana sampai 21 Jun. Sekali silap aku juga la suruh mak aku bawa surat tawaran aku masa hari lawatan keluarga (nak sambut birthday aku sebenarnya, so aku bawa 715 ngan budak surau) dan kantoi depan dia yang aku nak keluar 27 Mei.  Aku rasa bersalah yang amat waktu tu, niat aku nak rahsiakan benda ni sampai aku keluar tapi semua tak jadi cam dirancang.  Sampai sekarang sebenarnya rasa bersalah aku tak hilang kat dia ngan mak dia, trademark yang menjadi ungkapan 707 sentiasa terngiang dekat telinga berbunyi "KENAPA BUDUH SANGAT".  Lembut sebenarnya bila diungkapkan tapi kedengaran sinis bila teringatkan apa yang telah aku lakukan kat 715.  Bila dia keluar aku selalu contact dia sebab rindu, dan setiap kali tu juga feedback yang aku dapat tak seperti yang diharapkan.  Dia jadi seorang yang sentiasa kesedihan kerana memikirkan hala tuju(tempat study).  Kadang-kadang aku merasakan aku hanya mampu menjadi pendengar buat dia, kerana tiada satu pun idea bernas yang dapat aku berikan untuk menaikkan semangat dia.

   Aku juga langsung tak sangka, dengan perlepasan awal ni boleh buat aku sedih kerana aku tak dapat lagi bersama kawan-kawan yang menemani aku siang dan malam.  Diorang la yang ceriakan aku dikala aku duka dan kecewa.  Malah perkenalan aku dengan diorang menjadikan aku rasa apa yang remaja lain rasa apabila mempunyai kawan yang ramai (aku pendiam kat luar jadi susah nak dapat kawan) dan perpisahan merupakan perkara berat untuk aku terima.  Setiap malam aku merasa menyesal ke atas keputusan yang aku buat.  Sebenarnya niat asal aku lepas hubungan dengan kawan semakin akrab, aku hanya nak mak aku hantar surat tawaran tu kat aku dan aku hanya perlu fikirkan sama ada nak hantar atau tak je surat tu kat pentadbiran kem.  Tapi semua tak menjadi sebab silap aku sendiri, aku minta surat tu(masa lawatan keluarga) masa depan 715 ngan budak surau.  Patutnya minta masa parent aku dah nak balik, baru lah diorang tak perasan dan 715 tak mungkin rasa nak keluar juga.  Aku juga ada masa yang banyak untuk fikir pasal hal ini sendirian tanpa libatkan orang lain.

   Aku juga rasa bersalah kat 707 kerana jarang bercakap dengan kau sejak aku kenal 715, bukan niat nak tinggalkan kawan tapi aku merasakan 715 macam satu kepala dengan aku(kau pun sama sebenarnya) .  Tapi mungkin juga sebab kami mempunyai tanggungjawab yang sama sebab kami anak pertama dalam keluarga yang membuatkan kami akrab.  Maafkan aku 707 kerana tak bagi tau kau yang aku nak keluar, bukan niat nak rahsiakan tapi aku rasakan benda ni macam perkara yang tak pasti.  Kau lah orang pertama yang menjadi kawan aku kat Kem PH, aku ingat lagi ke mana saja kita pergi mesti bersama.  Sampaikan bila aku jalan seorang mesti orang bertanyakan di mana kau (macam belangkas).  Dalam dorm D7, kau seorang saja yang tak fikir buruk pasal aku (yang lain semua first impression je dah fikir pelik-pelik pasal aku).  Cara sembang kau yang memang slamber membuatkan aku rasa ngam ngan kau, takde langsung rasa hipokrit untuk tonjolkan diri aku yang sebenarnya kat kau.  Kau memang kawan paling gempak aku pernah dapat.

   Setakat sini saja lah perkongsian aku mengenai pelepasan awal, insyaALLAH aku akan publish cerita pengalaman aku di Kem PLKN PH pula nanti.  Akhir kata daripada saya, saya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan.  Maafkan saya jika ada yang terasa hati dengan cerita ini, bukan niat untuk sakitkan hati sesiapa.  Ini hanyalah apa yang saya rasakan dan ingin kongsikan dalam blog baru saya ini.

#Hidup hanya sekali, jangan sia-sia kan nya ^_^