Assalamualaikum, welcome to the kota mimpi ngeri.

Thursday 3 September 2015

Perkenalan

Setiap perkenalan kebiasaannya dimulakan dengan pertemuan yang mungkin dirancang sendiri mahupun oleh yang maha esa.  Boleh jadi perkenalan itu singkat dan boleh juga lama.  Tapi itu semua berdasarkan niat kita untuk kenal kerana apa, samada niat jahat mahupun baik.  Jika niat kita baik, perjalanan selama perkenalan itu kemungkinan tinggi boleh bertukar kepada sahabat.

     Selama aku berada di dunia uni ni, setiap sem aku pindah randah dan di setiap rumah tu perkenalan aku membuatkan aku kenal ragam setiap orang.  Dulu mungkin aku tak nampak sangat sebab dalam fikiran aku hanya diri aku sampailah di satu masa lecturer pengurusan perniagaan aku zaman matrik dulu ceritakan pengalaman dia ambil bidang Finance di uni dulu.  Dia suka melihat sekeliling dan memerhati pelbagai ragam manusia, aku ambil kata-kata dia untuk merasai pengalaman berada di dalam masyarakat di tempat orang.  Sebab itu aku pilih untuk merantau ke bumi Pahang ni, kalau di Selangor peratus untuk aku jumpa orang luar ataupun masyarakat yang tak bermastautin atau penduduk tetap di sana adalah dalam 0.2% je rasanya.  Peratus tu bukan berdasarkan kajian atau apa, hanya berdasarkan pengalaman aku.  Jadi peluang aku untuk kenal ragam orang amat tipis dan hanya nampak kalau aku balik kampung di Kedah.

     Aku belajar di Pahang tapi bukan semua orang Pahang belajar disini, kebanyakan perantau macam aku yang masuk belajar di sini.  Maka aku mula biasakan diri untuk menjadi perantau untuk menimba ilmu dan sebolehnya aku nak ambil pengalaman dari orang yang aku kenal disini agar bila aku pulang selepas selesai tugas aku sebagai student, menjadi seorang yang matang dan dapat berfikir dengan akal yang waras.  Mungkin hasilnya tak nampak sekarang sebab aku masih dalam proses belajar dan masih perlukan pertolongan orang yang boleh menegur kesilapan ini agar tidak tersasar.  Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit, tak perlu banyak biar sedikit asalkan ia sentiasa menjadi amalan dan berkat.

#berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian