Harini aku agak relax sebab petang free ngan tutorial malam dibatalkan, so banyak sangat masa sampai aku boleh update blog ni hehe. Okay berbalik pada title diatas 5 hari sebelum puasa (da gaya cam mengajar la pula haha), 5 hari lagi Syaaban akan meninggalkan kita dan Ramadan akan kunjung tiba. Maka bermula lah puasa bagi umat Islam di seluruh dunia termasuk aku. Tapi berlainan sikit bagi aku yang dah biasa puasa kat rumah ni, tahun ni aku akan berpuasa di matrik.
Aku dapat cuti 3 hari masa puasa ke-3 nanti, tapi cuti pun tak serupa cuti aku rasa. Balik je dari cuti pelbagai jenis pra-UPS menanti aku, takpe qin 10 bulan je kat matrik ni. Macam aku cakap kat PLKN dulu, tapi hakikatnya bila keluar mesti sedih yang teramat, sampai sekarang aku masih mengharapkan aku dapat balik ke masa lampau dan berada kat KPH. Mengarut je qin ni, kalau dalam cerita Doraemon takpe la juga. Dalam erti kata lain 'berpijaklah di bumi yang nyata', dan di bumi nyata aku berada di Kolej Matrikulasi Melaka haha. Melalut dah aku cerita, berbalik kepada puasa tadi aku akan berpuasa di sini. Ber-iftar dan ber-sahur bersama rakan-rakan, pengalaman yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama aku hidup selama 18 tahun 1 bulan 19 hari 16 jam 10 minit 15 saat. Lama tak aku tunggu, hahaha tak boleh blah la qin sampai saat kau kira.
Semalam ada ceramah kat surau, disebabkan surau tu terlampau la kecil untuk menampung keseluruhan pelajar Islam kat sini aku pun duduk kat luar dan kenalah solat di bilik je. Dalam keadaan hujan renyai-renyai yang tak langsung menunjukkan tanda nak behenti, aku terbatuk-batuk la luar tu (baru je nak sembuh) dengan kesejukkan tahap peti ais sejuk beku. Suara penceramah pun sayup-sayup kedengaran kat telinga aku, bukan tak dengar langsung ye. Cuma aku tak dapat tangkap point-point ceramah dia, sikit-sikit dapat la macam dia ada bagi doa aku salin dalam buku. Teringat kat PLKN, rutin setiap pagi jumaat kitorang ialah dengar ceramah ustaz kat surau KPH dan pernah sekali ustaz tanya aku soalan pasal tajuk yang sebelum tu dia bagitau kitorang. Dia soal aku sebab dia kata gaya aku dengar ceramah dia lain dari yang lain (dua tangan tahan dagu) dan satu lagi sebab lain aku rasa sebab aku duduk depan dalam kumpulan wirawati Delta . Nasib baik bukan waktu aku berangan masa dia soal, kalau tak sia-sia je ustaz tu kena soal balik (soalan dijawab soalan) hahaha. Rindu pula nak dengar ceramah ustaz ngan ustazah KPH. Lepasni boleh dengar ceramah ustaz ngan ustazah KMM la pula, tak best sebab takde slide (bole terima tak jawapan aku). Gurau je, best gak la ceramah dia walaupun tak dapat point tapi sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu.
Baru teringat ada satu pesanan yang penceramah bagi iaitu 'Perbanyakkanlah Ibadah Sunat di Bulan Ramadan'. Akhir kata dari aku 'Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan' buat semua umat Islam tak kira dimana anda berada.
#Kenangan Demi Kenangan Melewati Hidupku, Sukarnya Melupakan