Maka daripada cerita di atas (haha baku habis), aku pun di tukarkan ke bilik B2.2.9. Pertukaran ini semestinya tidak dipersetujui daripada kami berempat yang sudah lebih 25 hari teman roomate yang teramat rapat. Kat luar bilik kitorang busy + tension dengan kehidupan matrik, bilik B2.1.5 merupakan satu-satunya tempat kitorang release semua tension, stress dan semua kebosanan. Kitorang bergelak ketawa, berhibur, bercerita, belajar, berkongsi, memberi dan menerima nasihat, makan, tidur dan melakukan hampir setiap aktiviti di luar dewan kuliah ngan tutorial bersama. Sedih juga memikirkan lepas ni balik bilik tiada lagi muka annoying (Jieha), ketawa terkuat di aras 1 B2 (Yasmin) ngan loghat Perak (Sha). Kenangan kitorang nampak macam sikit tapi kalau dulu sorang balik bermalam or keluar outing pun terasa kesunyian sangat dalam bilik tu apatah lagi kalau semua sekali tak berkumpul macam sekarang makin sunyi terasa.
Harini 3/7/2013 sebelum maghrib kitorang kena kosongkan bilik dan pindah ke bilik baru. Sebenarnya 2 hari lepas lagi roomate aku dah alihkan barang diorang dan dapat kunci bilik baru, aku pula baru dapat kunci sebelum asar tadi sebab kunci aku felo kata ada kat Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP). Aku pun alihkan barang aku dan kemas tempat baru sebelum pukul 6.30pm, penat kat kelas tak habis lagi dengan niat nak tidur petang aku terganggu sebab dapat kunci lebih awal dari jangkaan (sebenarnya terlampau lewat). Nasib baik felo cakap kitorang akan kekal kat bilik baru tu sampai habis tempoh belajar kat matrik ni, tak perlulah aku fikir lagi macam mana nak pindah bilik lagi.
Walaupun kitorang dah jadi ex-roomate tapi xtvt makan malam bersama masih berjalan seperti biasa cuma tempat saja yang berbeza. Kalau dulu meja study merupakan tempat makan kitorang di B2.1.5, sekarang berubah ke bersila berkerusi mejakan lantai di B2.2.2 (bilik Yasmin ngan Sha). Tapi satu je yang masih tak berubah iaitu xtvt sharing makanan dan pergi kafe bersama-sama (waktu petang n sometime tengahari). Apa boleh buat kitorang berlainan praktikum dan boleh jumpa kat blok je, tapi kitorang memang akrab sangat sampai jiran2 kitorang pelik tengok kitorang yang rapat di luar dan dalam bilik.
Aku harap persahabatan kitorang tak terhenti di sini dan berterusan sampai keluar matrik dan masuk U kelak dan aku harap kita sentiasa dapat berkumpul bersama.
#Jangan Pernah Lupakan Kenangan Kerana Ia Mengajar Kita di Masa Hadapan