Assalamualaikum, welcome to the kota mimpi ngeri.

Tuesday, 29 December 2015

Tenang

       Baru balik dari cuti mid-sem dah buzy, dengan final yang makin dekat.  Muka library lagi la aku sampai bulan Januari nanti.  Tapi dalam kesibukan yang sengaja aku buat ni macam rasa kosong yang aku tak tahu kat mana kurangnya.

       Aku cuba tingkatkan kekurangan yang jadi sebab kemalasan dulu, walaupun rasa kosong lepas balik Muadzam Shah semula tapi aku dapat ketenangan.  Perkataan ni muncul masa usrah ngan Kak Syu ngan Mek Wa tadi.  Bak kata penyelia aku, kita tak boleh ajak orang buat benda yang kita tak buat.  Dan kita juga tak boleh cerita perkara yang kita tak lalui.  Kalau tak, itu ibarat kita berbohong, menipu dan berlaku tak jujur.

       'Tenang',word ni ada dalam minda aku, masa akak naqibah duk sibuk tanya anak-anak buah yang lain apa yang diorang rasa semasa lakukan ibadah iaitu pengabdian diri kepada Allah dengan niat, bersungguh-sungguh dan mengikut syarak.  Bukan nak poyo, tapi aku suka berangan dan berfikir jauh dari kotak pemikiran.  Biasa dalam kelas lecture atau tutor, saat member aku pandang slide sambil highlight note dorang, perah otak untuk faham apa yang lecturer ajar.  Aku cuma pandang lecturer ke mana je dia berjalan dalam hall tu sambil bayangkan apa yang dia sampaikan.  Kadang, yang diterangkan sedikit tapi bayangan aku jauh.  Terlalu jauh sampai aku bagaikan bermimpi dalam jaga, dulu cikgu tusyen aku pernah tegur aku.  Dia suruh aku jangan pendam apa yang aku rasa sebab aku selalu day dreaming.

       Dulu lain, aku dreaming dalam jaga tapi tak berkaitan dengan topik langsung.  Itu yang buat aku hampir setiap hari kena rotan, berdiri atas kerusi dan paling best masuk bilik kaunseling.  Tak reti nak fokus dengar apa yang orang kata dalam bahasa kasarnya 'ketegaq'.  Word ni paling sesuai untuk aku sebenarnya, tapi aku dah semakin tua nyawa semakin pendek.  Aku cuba ubah segala keburukan dulu supaya menjadi kebaikan dan menyenangkan mak ayah aku.  Bukan senang seorang yang asalny anakal tahap gaban untuk jadi budak baik.  Kawan aku selalu ingatkan aku supaya tak putus asa, dan beritahu aku bahawa Allah tak lihat pada hasil sebaliknya Allah melihat pada usaha seseorang dalam merubah ke arah kebaikan.

       Sekian

#AKU BERJANJI TAK AKAN SIA-SIAKAN DIRIMU LAGI