Assalamualaikum, welcome to the kota mimpi ngeri.
Saturday, 5 October 2013
Persediaan Menghadapi PSPM
Baca title je pun dah boleh buat aku rasa macam semakin hampir dengan PSPM. Seram sejuk bila memikirkan samada cukup ke persediaan yang aku buat, dan betul ke aku dah bersedia? Persoalan itu selalu berlegar-legar di minda aku tanpa jawapan. Terkadang bila kemalasan melanda diri, hanya kata semangat sahaja yang dapat melawan. Teringat kembali pesan keluarga, saudara-mara dan pensyarah-pensyarah agar berusaha untuk mencapai kejayaan. Seperti tertulis pada penanda buku hadiah daripada pensyarah akaun aku, En Hussin sebagai hadiah di atas kejayaan praktikum aku berjaya mencapai target yang dia tetapkan, ayatnya 'Man Jadda Wajadda' yang bermaksud 'sesiapa yang berusaha...pasti berjaya'.
Subscribe to:
Posts (Atom)