Baru balik dari cuti mid-sem dah buzy, dengan final yang makin dekat. Muka library lagi la aku sampai bulan Januari nanti. Tapi dalam kesibukan yang sengaja aku buat ni macam rasa kosong yang aku tak tahu kat mana kurangnya.
Aku cuba tingkatkan kekurangan yang jadi sebab kemalasan dulu, walaupun rasa kosong lepas balik Muadzam Shah semula tapi aku dapat ketenangan. Perkataan ni muncul masa usrah ngan Kak Syu ngan Mek Wa tadi. Bak kata penyelia aku, kita tak boleh ajak orang buat benda yang kita tak buat. Dan kita juga tak boleh cerita perkara yang kita tak lalui. Kalau tak, itu ibarat kita berbohong, menipu dan berlaku tak jujur.
'Tenang',word ni ada dalam minda aku, masa akak naqibah duk sibuk tanya anak-anak buah yang lain apa yang diorang rasa semasa lakukan ibadah iaitu pengabdian diri kepada Allah dengan niat, bersungguh-sungguh dan mengikut syarak. Bukan nak poyo, tapi aku suka berangan dan berfikir jauh dari kotak pemikiran. Biasa dalam kelas lecture atau tutor, saat member aku pandang slide sambil highlight note dorang, perah otak untuk faham apa yang lecturer ajar. Aku cuma pandang lecturer ke mana je dia berjalan dalam hall tu sambil bayangkan apa yang dia sampaikan. Kadang, yang diterangkan sedikit tapi bayangan aku jauh. Terlalu jauh sampai aku bagaikan bermimpi dalam jaga, dulu cikgu tusyen aku pernah tegur aku. Dia suruh aku jangan pendam apa yang aku rasa sebab aku selalu day dreaming.
Dulu lain, aku dreaming dalam jaga tapi tak berkaitan dengan topik langsung. Itu yang buat aku hampir setiap hari kena rotan, berdiri atas kerusi dan paling best masuk bilik kaunseling. Tak reti nak fokus dengar apa yang orang kata dalam bahasa kasarnya 'ketegaq'. Word ni paling sesuai untuk aku sebenarnya, tapi aku dah semakin tua nyawa semakin pendek. Aku cuba ubah segala keburukan dulu supaya menjadi kebaikan dan menyenangkan mak ayah aku. Bukan senang seorang yang asalny anakal tahap gaban untuk jadi budak baik. Kawan aku selalu ingatkan aku supaya tak putus asa, dan beritahu aku bahawa Allah tak lihat pada hasil sebaliknya Allah melihat pada usaha seseorang dalam merubah ke arah kebaikan.
Sekian
#AKU BERJANJI TAK AKAN SIA-SIAKAN DIRIMU LAGI
Assalamualaikum, welcome to the kota mimpi ngeri.
Tuesday, 29 December 2015
Thursday, 3 September 2015
Perkenalan
Setiap perkenalan kebiasaannya dimulakan dengan pertemuan yang mungkin dirancang sendiri mahupun oleh yang maha esa. Boleh jadi perkenalan itu singkat dan boleh juga lama. Tapi itu semua berdasarkan niat kita untuk kenal kerana apa, samada niat jahat mahupun baik. Jika niat kita baik, perjalanan selama perkenalan itu kemungkinan tinggi boleh bertukar kepada sahabat.
Selama aku berada di dunia uni ni, setiap sem aku pindah randah dan di setiap rumah tu perkenalan aku membuatkan aku kenal ragam setiap orang. Dulu mungkin aku tak nampak sangat sebab dalam fikiran aku hanya diri aku sampailah di satu masa lecturer pengurusan perniagaan aku zaman matrik dulu ceritakan pengalaman dia ambil bidang Finance di uni dulu. Dia suka melihat sekeliling dan memerhati pelbagai ragam manusia, aku ambil kata-kata dia untuk merasai pengalaman berada di dalam masyarakat di tempat orang. Sebab itu aku pilih untuk merantau ke bumi Pahang ni, kalau di Selangor peratus untuk aku jumpa orang luar ataupun masyarakat yang tak bermastautin atau penduduk tetap di sana adalah dalam 0.2% je rasanya. Peratus tu bukan berdasarkan kajian atau apa, hanya berdasarkan pengalaman aku. Jadi peluang aku untuk kenal ragam orang amat tipis dan hanya nampak kalau aku balik kampung di Kedah.
Aku belajar di Pahang tapi bukan semua orang Pahang belajar disini, kebanyakan perantau macam aku yang masuk belajar di sini. Maka aku mula biasakan diri untuk menjadi perantau untuk menimba ilmu dan sebolehnya aku nak ambil pengalaman dari orang yang aku kenal disini agar bila aku pulang selepas selesai tugas aku sebagai student, menjadi seorang yang matang dan dapat berfikir dengan akal yang waras. Mungkin hasilnya tak nampak sekarang sebab aku masih dalam proses belajar dan masih perlukan pertolongan orang yang boleh menegur kesilapan ini agar tidak tersasar. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit, tak perlu banyak biar sedikit asalkan ia sentiasa menjadi amalan dan berkat.
#berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian

Wednesday, 11 February 2015
Semester 2 (2014/2015)
Aduh pebenda pulak tajuk kali ni macam tak menarik langsung. Hahaha, itulah yang aku hadap selama 3 hari final sem 1 ni. Kenapa sem 2 ek, masa awal-awal aku pun pelik apasal lah sem 2. Rupa-rupanya tu sistem Uni ni, sem 1 then sem2 last special sem tamat pastu ulang balik sem 1. Tapi aku baru sem 1 sekarang ni, bila tengok member diploma dah sem 3,4,5 terfikir aku baru sem 1 kot, hahaha itu penipuan yang tak boleh diterima minda. Jangan salah faham, aku sem 1 degree bukan diploma gurau je atas tu.
Berbalik kepada tajuk, sekarang aku menghadapi final sem 1 and 3 subjek telah pun selamat dijawab dengan mata panda, bersungguh-sungguh dan housemate siap tegur nape aku tak keluar bilik. Kalau kat matrik aku akan lepak kat beranda untuk study, sunyi la kononnya padahal port orang on the phone dengan ehem ehem. Entah kenapa suasana macam tu buat aku boleh study sambil bertegur sapa dengan orang baru balik dari cafe atau mungkin surau. Tapi kat sini beranda dia tak sama, hanya menghadap hutan Pahang yang tebal, sambil dengar bunyi burung bersiul, babi berdengus dan boleh jadi monyet mengintai hahaha gurau je monyet.
Aku suka suasana kat sini, damai dan tenang daripada kesibukkan kota dan bunyi hon dan mat-mat rempit di waktu malam. Dapat bayangkan kedamaian dia ala-ala berada di tepi sawah padi melayan angin bayu berhembus dan burung berkicau. Layan habis kot, tapi untuk 7 hari lagi final exam aku akan kurungkan diri dengan buku dan nota-nota lecture dan insyaAllah dapatkan result gempak di Uni yang ku cintai ini. Ganbatte qin!!!
#AkuDatangDalamKeadaanSunyiDanAkanBalikDenganSunyi

Subscribe to:
Posts (Atom)