Aku pelatih PLKN kumpulan 2 siri 10/2013 kat Kem PH. Tak lama pun aku kat sana, baru 2 bulan aku dah keluar untuk sambung study. Sambung study la sangat (alasan untuk keluar awal je tu). Bak kata budak Kem PH 'INI SEMUA POYO' .
Masa mula-mula nak minta kebenaran perlepasan awal tu memang la gembira gila(fikir lepas dari plkn je), tapi bila fikir panjang aku ni macam penipu pula. Keluar sebab form6 tapi tak pergi pun sebenarnya, tak ke menipu namanya tu :-/.
Satu lagi aku fikir disebabkan aku, kawan baik aku(715) nekad nak keluar juga. Serius aku tak terfikir langsung yang mak dia sanggup burn RM500++ untuk keluarkan dia dari PLKN, memang la mula-mula niat dia sendiri nak keluar tapi lepas aku pujuk dengan janji palsu aku (kelentong dia konon aku stay sampai 21 Jun) dia memang pasrah nak tinggal sana sampai 21 Jun. Sekali silap aku juga la suruh mak aku bawa surat tawaran aku masa hari lawatan keluarga (nak sambut birthday aku sebenarnya, so aku bawa 715 ngan budak surau) dan kantoi depan dia yang aku nak keluar 27 Mei. Aku rasa bersalah yang amat waktu tu, niat aku nak rahsiakan benda ni sampai aku keluar tapi semua tak jadi cam dirancang. Sampai sekarang sebenarnya rasa bersalah aku tak hilang kat dia ngan mak dia, trademark yang menjadi ungkapan 707 sentiasa terngiang dekat telinga berbunyi "KENAPA BUDUH SANGAT". Lembut sebenarnya bila diungkapkan tapi kedengaran sinis bila teringatkan apa yang telah aku lakukan kat 715. Bila dia keluar aku selalu contact dia sebab rindu, dan setiap kali tu juga feedback yang aku dapat tak seperti yang diharapkan. Dia jadi seorang yang sentiasa kesedihan kerana memikirkan hala tuju(tempat study). Kadang-kadang aku merasakan aku hanya mampu menjadi pendengar buat dia, kerana tiada satu pun idea bernas yang dapat aku berikan untuk menaikkan semangat dia.
Aku juga langsung tak sangka, dengan perlepasan awal ni boleh buat aku sedih kerana aku tak dapat lagi bersama kawan-kawan yang menemani aku siang dan malam. Diorang la yang ceriakan aku dikala aku duka dan kecewa. Malah perkenalan aku dengan diorang menjadikan aku rasa apa yang remaja lain rasa apabila mempunyai kawan yang ramai (aku pendiam kat luar jadi susah nak dapat kawan) dan perpisahan merupakan perkara berat untuk aku terima. Setiap malam aku merasa menyesal ke atas keputusan yang aku buat. Sebenarnya niat asal aku lepas hubungan dengan kawan semakin akrab, aku hanya nak mak aku hantar surat tawaran tu kat aku dan aku hanya perlu fikirkan sama ada nak hantar atau tak je surat tu kat pentadbiran kem. Tapi semua tak menjadi sebab silap aku sendiri, aku minta surat tu(masa lawatan keluarga) masa depan 715 ngan budak surau. Patutnya minta masa parent aku dah nak balik, baru lah diorang tak perasan dan 715 tak mungkin rasa nak keluar juga. Aku juga ada masa yang banyak untuk fikir pasal hal ini sendirian tanpa libatkan orang lain.
Aku juga rasa bersalah kat 707 kerana jarang bercakap dengan kau sejak aku kenal 715, bukan niat nak tinggalkan kawan tapi aku merasakan 715 macam satu kepala dengan aku(kau pun sama sebenarnya) . Tapi mungkin juga sebab kami mempunyai tanggungjawab yang sama sebab kami anak pertama dalam keluarga yang membuatkan kami akrab. Maafkan aku 707 kerana tak bagi tau kau yang aku nak keluar, bukan niat nak rahsiakan tapi aku rasakan benda ni macam perkara yang tak pasti. Kau lah orang pertama yang menjadi kawan aku kat Kem PH, aku ingat lagi ke mana saja kita pergi mesti bersama. Sampaikan bila aku jalan seorang mesti orang bertanyakan di mana kau (macam belangkas). Dalam dorm D7, kau seorang saja yang tak fikir buruk pasal aku (yang lain semua first impression je dah fikir pelik-pelik pasal aku). Cara sembang kau yang memang slamber membuatkan aku rasa ngam ngan kau, takde langsung rasa hipokrit untuk tonjolkan diri aku yang sebenarnya kat kau. Kau memang kawan paling gempak aku pernah dapat.
Setakat sini saja lah perkongsian aku mengenai pelepasan awal, insyaALLAH aku akan publish cerita pengalaman aku di Kem PLKN PH pula nanti. Akhir kata daripada saya, saya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan. Maafkan saya jika ada yang terasa hati dengan cerita ini, bukan niat untuk sakitkan hati sesiapa. Ini hanyalah apa yang saya rasakan dan ingin kongsikan dalam blog baru saya ini.
#Hidup hanya sekali, jangan sia-sia kan nya ^_^