Assalamualaikum, welcome to the kota mimpi ngeri.

Wednesday 11 December 2013

Perjalanan Belum Tamat

  Biasa kita dengar 'gagal sekali tak bermakna gagal selamanya'.  Kehidupan seorang pelajar ada pasang dan surut, terkadang kita berada diatas dan terkadang kita berada dibawah.  Usah kita berbangga dengan kebijaksanaan kita kerana kita tidak tahu bahawa dalam masa yang sama rakan-rakan kita sedang berusaha mengejar kita dari belakang dan tidak mustahil mereka boleh melepasi kita kalau kita terus dibuai rasa bangga.  Kebijaksanaan yang kita ada hendaklah kita berkongsi bersama rakan-rakan yang memerlukan.

  Jika kita yang berada di bawah, jangan pernah kita salahkan takdir kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Sebaiknya, kita berusaha supaya dapat mengubah kepada yang lebih baik dan jangan pernah kenal erti putus asa.  'Usaha tangga kejayaan' ayat yang mesti dipegang untuk mencapai kejayaan.

#FrustPunyaPasal =p

No comments:

Post a Comment