Assalamualaikum, Selamat Datang ke blog baru saya. Maaf kalau tidak faham, saya bukan penulis yang bagus. Selamat Membaca.

Wednesday, 13 July 2016

Musuh aku adalah aku

Seperti sedia maklum, aku pemalas dan selalu bertangguh.  Tapi sampai bila nak kekal malas, sampai bila nak kekal bertangguh.  Lawanlah, ayat aku selalu dapat.  Kadang terfikir nak lawan mende benda tak nampak kot, kalau nampak depan mata boleh la kot nak tumbuk ke.  Sepak ke kasi gi jauh-jauh ke, ini takde.  N dek kedegilan aku, selalu je kena cubit ngan member ;p .

Lagi 2 sem kat sini baru nak cari jalan penyelesaian tu pun sebab dah malas nak dengar diorang membebel bila aku submit lambat.  Usaha sendiri gak diperlukan, tak selamanya orang akan ada dengan kita dan tolong kita kat dunia ni.  Semua bersifat sementara, suatu hari nanti akan kembali kepada pencipta juga.  Bak kata orang tua-tua 'bukan tongkat langit' yang maksud dia takkan selamanya kita hidup, akan mati jua.  Aku pegang ayat tu sekarang, tak berharap pertolongan datang tiba-tiba.  Pedulikan apa orang nak kata, bukan diorang yang bagi aku hidup.  Pencipta aku yang bagi aku hidup, orang boleh dengki aku, orang boleh caci aku malah nak cakap belakang aku pun suka hatilah.  Tapi korang takkan sekali kali dapat ubah mindset aku.

Selagi ada kudrat dan aku masih kat sini, aku cuba jadikan impian aku jadi kenyataan.  Dugaan Allah bagi kalau hamba dia mampu, so sekarang kalau Allah nak uji aku mesti aku boleh lalui.  Menjadi yang lebih baik bukan senang, sentiasa ada caci maki yang nak jatuhkan atau mungkin cuba rendahkan.  Tapi korang bukan boleh baca fikiran aku pun kalau aku tulis panjang-panjang kat sini pun.  Sebab aku selalu tulis bahasa minda dan bukan bahasa hati yang buat orang lain boleh memahami.  Assalamualaikum

#Tidakberimanseseorangituselagidiatidakdiuji

No comments:

Post a Comment