Aku mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk membuat keputusan yang mengubah rutin hidupku, walaupun banyak kata-kata dari mulut yang mengatakan bahawa ini hanyalah sia-sia. Ini bakal membuat aku kepenatan dan tiada hasil, malah ada juga yang berkata yang aku sudah tahu segala aktiviti tugasan yang bakal diberikan. Boleh sahaja aku melakukannya sendiri tanpa pemantauan daripada seorang jurulatih bertauliah.
Pada pandangan ku, itu bukan persoalannya. Benar aku mungkin tahu apa rutin yang bakal dilakukan, malah jika aku memerlukan hasil sedemikian aku juga tahu apa yang perlu aku lakukan. Namun ini keputusan yang aku ambil atas dasar, niat menemani seorang rakan yang ingin mencuburi hobi ini, namun terbalik bukan dia yang menyertai. Tapi aku, seorang yang melakukan pelbagai hobi untuk memenuhi masa lapangku.
Kisahnya pada pertama kali aku menyertai, jurulatihku yang juga seorang yang telah pun mempunyai rekod penyertaan Sukan Malaysia 2 kali sepanjang umur belia-nya. Aku berpura-pura tidak tahu apa itu seni mempertahankan diri kerana pada aku, jika betul niat ingin belajar kita perlu mengosongkan minda bersedia menimba segala ilmu pengetahuan yang akan diberikan. Tapi tidak semudah itu, kerana selangkah aku masuk sahaja ke tempat latihan beliau sudah dapat hidu bahawa aku mempunyai ilmu seni mempertahankan diri walaupun tidak dapat meneka dengan tepat ilmu pertahankan diri apa yang aku ada.
Beliau yang ku hormati bukan sekadar kerana ilmunya, namun kerana teknik pengajaran yang beliau gunakan amat luar biasa. Cara penerangannya yang tegas, langkah diatur tepat dan tidak berlebihan membuatkan aku terkesima. Bukan sekadar itu yang ku cari, malah stamina ku juga dapat kembali seperti ketika ku di bangku Universiti dahulu.
Ku perhatikan segala gerak serta susun langkah nya dan aku sedar beliau sangat bertenaga serta memberikan sepenuh perhatian keatasku ketika sesi pembelajaran membuat ku sangat bersemangat. Kini setelah 7 bulan aku melakukan latihan bersamanya, beliau mengakui bahawa aku merupakan anak didik kebanggaannya. Ketua jurulatih juga sering berseloroh bahawa cara mengajar jurulatih ku amat tegas pada ku, tapi aku tahu dia mengenali keadaan diriku. Kecergasan yang bersesuaian dan tempo latihan diberikan untuk ku terima.
Tidak aku nafikan juga, aku juga manusia biasa yang akan mengeluh kepenatan, manakan tidak jika tubuh sudah bekerja keras lebih 8 jam di tempat kerja memerah keringat seterusnya dikerah pula ke tempat latihan untuk menghabiskan sisa baki tenaga. Tapi atas dasar minat, aku tolak ke tepi semua kepenatan tubuh badan ku. Berusaha sedaya upaya memberi seratus peratus apa yang aku ada, kerana dengan latihan ini pelengkap gaya hidup sihatku.
Semakin lama aku melakukan segala latihan, beliau akhirnya bertanyakan kembali. Apakah niatku dan matlamat yang ingin ku capai dalam seni pertahankan diri ini. Aku memberitahu aku ingin mempelajari teknik dengan betul dan juga aku ingin mendapatkan bentuk badan yang sihat kerana kebanyakan dari anak didiknya yang lain berlatih untuk mendapatkan berat badan ideal sahaja. Manakala aku akan berlainan, berat badan ku ideal namun ada sesuatu yang boleh diubah.
#Badankitanakpakailama
No comments:
Post a Comment