Alhamdulillah, setelah hampir 10 bulan aku menimba ilmu di KMM akhirnya usaha aku yang tak seberapa berbuahkan hasil. Walaupun keputusan aku tak segempak kawan-kawan yang lain, tapi cukuplah untuk mengembirakan kedua ibu bapa aku dan bagitau diorang yang aku kat Melaka bukan main je ada juga masa yang aku gunakan untuk belajar & ulangkaji. Poyo je ayat aku.
Macam panjang sangat je mukadimah dan rasa cam tak kena dengan tajuk pula. Okay kita straight to the point, result PSPM 2 baru je keluar dalam 4 hari lepas. Alhamdulillah aku lulus dan tamat pengajian(baru sama ngan tajuk). Maka dengan rasminya saya telah tamat pengajian di KMM :D
#sebiruhariinibirunyabagailangitterangbenderang
Assalamualaikum, welcome to the kota mimpi ngeri.
Sunday, 8 June 2014
Wednesday, 11 December 2013
Perjalanan Belum Tamat
Biasa kita dengar 'gagal sekali tak bermakna gagal selamanya'. Kehidupan seorang pelajar ada pasang dan surut, terkadang kita berada diatas dan terkadang kita berada dibawah. Usah kita berbangga dengan kebijaksanaan kita kerana kita tidak tahu bahawa dalam masa yang sama rakan-rakan kita sedang berusaha mengejar kita dari belakang dan tidak mustahil mereka boleh melepasi kita kalau kita terus dibuai rasa bangga. Kebijaksanaan yang kita ada hendaklah kita berkongsi bersama rakan-rakan yang memerlukan.
Jika kita yang berada di bawah, jangan pernah kita salahkan takdir kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sebaiknya, kita berusaha supaya dapat mengubah kepada yang lebih baik dan jangan pernah kenal erti putus asa. 'Usaha tangga kejayaan' ayat yang mesti dipegang untuk mencapai kejayaan.
#FrustPunyaPasal =p
Saturday, 5 October 2013
Persediaan Menghadapi PSPM
Baca title je pun dah boleh buat aku rasa macam semakin hampir dengan PSPM. Seram sejuk bila memikirkan samada cukup ke persediaan yang aku buat, dan betul ke aku dah bersedia? Persoalan itu selalu berlegar-legar di minda aku tanpa jawapan. Terkadang bila kemalasan melanda diri, hanya kata semangat sahaja yang dapat melawan. Teringat kembali pesan keluarga, saudara-mara dan pensyarah-pensyarah agar berusaha untuk mencapai kejayaan. Seperti tertulis pada penanda buku hadiah daripada pensyarah akaun aku, En Hussin sebagai hadiah di atas kejayaan praktikum aku berjaya mencapai target yang dia tetapkan, ayatnya 'Man Jadda Wajadda' yang bermaksud 'sesiapa yang berusaha...pasti berjaya'.
Saturday, 14 September 2013
Takut...Gentar...Cuak...
Perasaan aku bercampur baur apabila mengenangkan beberapa hari lagi result UPS nak keluar. Walaupun hanya 10% daripada result sebenar, tapi terasa macam besar je nilai dia. Hurm...apa nak buat kan benda dah lepas. Nak ubah tak boleh, nak ulang pun tak boleh. Terima je lah dengan hati terbuka. Buat penambahbaikan pada masa hadapan, macam PSPM yang lagi sebulan. Aku akan berusaha lebih lagi kali ni dan tingkatkan penguasaan dalam setiap subjek.
#Takut tak takut, Gentar tak gentar, Cuak tak cuak cuak...Go Delta (sorry Charlie) hahaha
#Takut tak takut, Gentar tak gentar, Cuak tak cuak cuak...Go Delta (sorry Charlie) hahaha
Friday, 23 August 2013
Having a friend like you
It hard to find a friend such like you, maybe never get at all. I am trying and trying to find but all fail. Even they don't have any characteristic like you, all that they have are hate each other, lying, shows their friends their bad mood, never need forgiven in their life. And the very hurt thing that they never feel that i'm their friends at all. I know this is a sad story but i need to shares about this big problem to me.
First at all i'm sorry because i had did it before to my all friends. But i know that my old friends all are lying to me, they be my friend because i'm loaded. I have money and can buy them credit for their phone. Silly me for being their friends even I know what is their agenda. Even my secondary school friends still 'play stupid game' to me, maybe i should take mom's words 'must move on, having a life. Forget the past, and maybe will meet them later but not now'. I agree with that, must move on with my new life. Chill with everything that i will get, never see the past. Only change the bad thing that you did before.
Lastly, don't be a moron girl, study, change nto the good one and always smile, love Allah, mom, dad and sibling.
xoxo

Monday, 5 August 2013
Hari Raya VS UPS
Ramadhan bakal melabuhkan tirai lagi beberapa hari dan Syawal akan menjelma. Rasa macam sekejap je puasa tahun ni, mungkin sebab aku terlampau 'buzy' buat persiapan UPS sampai tak sedar yang dah sampai penghujung Ramadhan. Aku nak ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya' buat semua.
Tahun ni, satu keluarga aku beraya kat rumah. Nenek aku pun ada kat sini, tapi memang tak semeriah kat kampung la. Kalau kat kampung masa-masa macam ni mesti nenek aku tengah kemas rumah ngan balut ketupat. Tapi sekarang nenek aku tak berapa sihat, so kitorang beraya ala kadar jer. Tapi sekurang-kurangnya aku masih lagi boleh beraya dengan nenek aku, tak macam tahun lepas aku beraya ngan mak aku jer.
4 hari lepas raya aku akan menghadapi Ujian Pertengahan Semester (UPS). Persiapan untuk UPS aku kena sediakan walaupun hari raya, rasa geram pun ada tapi memikirkan mama ngan abah terus rasa bersemangat. Aku tak nak kecewakan mama ngan abah macam mana aku dah buat sebelum ni, I want to make them proud of their daughter. Yeah, Iqin pasti boleh!!!
#Di Hari Mulia Ini Ku Susun Sepuluh Jari, Mohon Ampun Zahir & Batin
Friday, 5 July 2013
5 Hari Sebelum Puasa
Harini aku agak relax sebab petang free ngan tutorial malam dibatalkan, so banyak sangat masa sampai aku boleh update blog ni hehe. Okay berbalik pada title diatas 5 hari sebelum puasa (da gaya cam mengajar la pula haha), 5 hari lagi Syaaban akan meninggalkan kita dan Ramadan akan kunjung tiba. Maka bermula lah puasa bagi umat Islam di seluruh dunia termasuk aku. Tapi berlainan sikit bagi aku yang dah biasa puasa kat rumah ni, tahun ni aku akan berpuasa di matrik.
Aku dapat cuti 3 hari masa puasa ke-3 nanti, tapi cuti pun tak serupa cuti aku rasa. Balik je dari cuti pelbagai jenis pra-UPS menanti aku, takpe qin 10 bulan je kat matrik ni. Macam aku cakap kat PLKN dulu, tapi hakikatnya bila keluar mesti sedih yang teramat, sampai sekarang aku masih mengharapkan aku dapat balik ke masa lampau dan berada kat KPH. Mengarut je qin ni, kalau dalam cerita Doraemon takpe la juga. Dalam erti kata lain 'berpijaklah di bumi yang nyata', dan di bumi nyata aku berada di Kolej Matrikulasi Melaka haha. Melalut dah aku cerita, berbalik kepada puasa tadi aku akan berpuasa di sini. Ber-iftar dan ber-sahur bersama rakan-rakan, pengalaman yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama aku hidup selama 18 tahun 1 bulan 19 hari 16 jam 10 minit 15 saat. Lama tak aku tunggu, hahaha tak boleh blah la qin sampai saat kau kira.
Semalam ada ceramah kat surau, disebabkan surau tu terlampau la kecil untuk menampung keseluruhan pelajar Islam kat sini aku pun duduk kat luar dan kenalah solat di bilik je. Dalam keadaan hujan renyai-renyai yang tak langsung menunjukkan tanda nak behenti, aku terbatuk-batuk la luar tu (baru je nak sembuh) dengan kesejukkan tahap peti ais sejuk beku. Suara penceramah pun sayup-sayup kedengaran kat telinga aku, bukan tak dengar langsung ye. Cuma aku tak dapat tangkap point-point ceramah dia, sikit-sikit dapat la macam dia ada bagi doa aku salin dalam buku. Teringat kat PLKN, rutin setiap pagi jumaat kitorang ialah dengar ceramah ustaz kat surau KPH dan pernah sekali ustaz tanya aku soalan pasal tajuk yang sebelum tu dia bagitau kitorang. Dia soal aku sebab dia kata gaya aku dengar ceramah dia lain dari yang lain (dua tangan tahan dagu) dan satu lagi sebab lain aku rasa sebab aku duduk depan dalam kumpulan wirawati Delta . Nasib baik bukan waktu aku berangan masa dia soal, kalau tak sia-sia je ustaz tu kena soal balik (soalan dijawab soalan) hahaha. Rindu pula nak dengar ceramah ustaz ngan ustazah KPH. Lepasni boleh dengar ceramah ustaz ngan ustazah KMM la pula, tak best sebab takde slide (bole terima tak jawapan aku). Gurau je, best gak la ceramah dia walaupun tak dapat point tapi sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu.
Baru teringat ada satu pesanan yang penceramah bagi iaitu 'Perbanyakkanlah Ibadah Sunat di Bulan Ramadan'. Akhir kata dari aku 'Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan' buat semua umat Islam tak kira dimana anda berada.
#Kenangan Demi Kenangan Melewati Hidupku, Sukarnya Melupakan

Subscribe to:
Posts (Atom)