Assalamualaikum, welcome to the kota mimpi ngeri.

Thursday, 3 September 2015

Perkenalan

Setiap perkenalan kebiasaannya dimulakan dengan pertemuan yang mungkin dirancang sendiri mahupun oleh yang maha esa.  Boleh jadi perkenalan itu singkat dan boleh juga lama.  Tapi itu semua berdasarkan niat kita untuk kenal kerana apa, samada niat jahat mahupun baik.  Jika niat kita baik, perjalanan selama perkenalan itu kemungkinan tinggi boleh bertukar kepada sahabat.

     Selama aku berada di dunia uni ni, setiap sem aku pindah randah dan di setiap rumah tu perkenalan aku membuatkan aku kenal ragam setiap orang.  Dulu mungkin aku tak nampak sangat sebab dalam fikiran aku hanya diri aku sampailah di satu masa lecturer pengurusan perniagaan aku zaman matrik dulu ceritakan pengalaman dia ambil bidang Finance di uni dulu.  Dia suka melihat sekeliling dan memerhati pelbagai ragam manusia, aku ambil kata-kata dia untuk merasai pengalaman berada di dalam masyarakat di tempat orang.  Sebab itu aku pilih untuk merantau ke bumi Pahang ni, kalau di Selangor peratus untuk aku jumpa orang luar ataupun masyarakat yang tak bermastautin atau penduduk tetap di sana adalah dalam 0.2% je rasanya.  Peratus tu bukan berdasarkan kajian atau apa, hanya berdasarkan pengalaman aku.  Jadi peluang aku untuk kenal ragam orang amat tipis dan hanya nampak kalau aku balik kampung di Kedah.

     Aku belajar di Pahang tapi bukan semua orang Pahang belajar disini, kebanyakan perantau macam aku yang masuk belajar di sini.  Maka aku mula biasakan diri untuk menjadi perantau untuk menimba ilmu dan sebolehnya aku nak ambil pengalaman dari orang yang aku kenal disini agar bila aku pulang selepas selesai tugas aku sebagai student, menjadi seorang yang matang dan dapat berfikir dengan akal yang waras.  Mungkin hasilnya tak nampak sekarang sebab aku masih dalam proses belajar dan masih perlukan pertolongan orang yang boleh menegur kesilapan ini agar tidak tersasar.  Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit, tak perlu banyak biar sedikit asalkan ia sentiasa menjadi amalan dan berkat.

#berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian

Wednesday, 11 February 2015

Semester 2 (2014/2015)

Aduh pebenda pulak tajuk kali ni macam tak menarik langsung.  Hahaha, itulah yang aku hadap selama 3 hari final sem 1 ni.  Kenapa sem 2 ek, masa awal-awal aku pun pelik apasal lah sem 2.  Rupa-rupanya tu sistem Uni ni, sem 1 then sem2 last special sem tamat pastu ulang balik sem 1.  Tapi aku baru sem 1 sekarang ni, bila tengok member diploma dah sem 3,4,5 terfikir aku baru sem 1 kot, hahaha itu penipuan yang tak boleh diterima minda.  Jangan salah faham, aku sem 1 degree bukan diploma gurau je atas tu.

     Berbalik kepada tajuk, sekarang aku menghadapi final sem 1 and 3 subjek telah pun selamat dijawab dengan mata panda, bersungguh-sungguh dan housemate siap tegur nape aku tak keluar bilik.  Kalau kat matrik aku akan lepak kat beranda untuk study, sunyi la kononnya padahal port orang on the phone dengan ehem ehem.  Entah kenapa suasana macam tu buat aku boleh study sambil bertegur sapa dengan orang baru balik dari cafe atau mungkin surau.  Tapi kat sini beranda dia tak sama, hanya menghadap hutan Pahang yang tebal, sambil dengar bunyi burung bersiul, babi berdengus dan boleh jadi monyet mengintai hahaha gurau je monyet.

     Aku suka suasana kat sini, damai dan tenang daripada kesibukkan kota dan bunyi hon dan mat-mat rempit di waktu malam.  Dapat bayangkan kedamaian dia ala-ala berada di tepi sawah padi melayan angin bayu berhembus dan burung berkicau.  Layan habis kot, tapi untuk 7 hari lagi final exam aku akan kurungkan diri dengan buku dan nota-nota lecture dan insyaAllah dapatkan result gempak di Uni yang ku cintai ini.  Ganbatte qin!!!

#AkuDatangDalamKeadaanSunyiDanAkanBalikDenganSunyi

Sunday, 8 June 2014

Lulus dan Tamat Pengajian

Alhamdulillah, setelah hampir 10 bulan aku menimba ilmu di KMM akhirnya usaha aku yang tak seberapa berbuahkan hasil.  Walaupun keputusan aku tak segempak kawan-kawan yang lain, tapi cukuplah untuk mengembirakan kedua ibu bapa aku dan bagitau diorang yang aku kat Melaka bukan main je ada juga masa yang aku gunakan untuk belajar & ulangkaji.  Poyo je ayat aku.

   Macam panjang sangat je mukadimah dan rasa cam tak kena dengan tajuk pula.  Okay kita straight to the point, result PSPM 2 baru je keluar dalam 4 hari lepas.  Alhamdulillah aku lulus dan tamat pengajian(baru sama ngan tajuk).  Maka dengan rasminya saya telah tamat pengajian di KMM :D

#sebiruhariinibirunyabagailangitterangbenderang

Wednesday, 11 December 2013

Perjalanan Belum Tamat

  Biasa kita dengar 'gagal sekali tak bermakna gagal selamanya'.  Kehidupan seorang pelajar ada pasang dan surut, terkadang kita berada diatas dan terkadang kita berada dibawah.  Usah kita berbangga dengan kebijaksanaan kita kerana kita tidak tahu bahawa dalam masa yang sama rakan-rakan kita sedang berusaha mengejar kita dari belakang dan tidak mustahil mereka boleh melepasi kita kalau kita terus dibuai rasa bangga.  Kebijaksanaan yang kita ada hendaklah kita berkongsi bersama rakan-rakan yang memerlukan.

  Jika kita yang berada di bawah, jangan pernah kita salahkan takdir kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.  Sebaiknya, kita berusaha supaya dapat mengubah kepada yang lebih baik dan jangan pernah kenal erti putus asa.  'Usaha tangga kejayaan' ayat yang mesti dipegang untuk mencapai kejayaan.

#FrustPunyaPasal =p

Saturday, 5 October 2013

Persediaan Menghadapi PSPM

Baca title je pun dah boleh buat aku rasa macam semakin hampir dengan PSPM.  Seram sejuk bila memikirkan samada cukup ke persediaan yang aku buat, dan betul ke aku dah bersedia?  Persoalan itu selalu berlegar-legar di minda aku tanpa jawapan.  Terkadang bila kemalasan melanda diri, hanya kata semangat sahaja yang dapat melawan.  Teringat kembali pesan keluarga, saudara-mara dan pensyarah-pensyarah agar berusaha untuk mencapai kejayaan.  Seperti tertulis pada penanda buku hadiah daripada pensyarah akaun aku, En Hussin sebagai hadiah di atas kejayaan praktikum aku berjaya mencapai target yang dia tetapkan, ayatnya 'Man Jadda Wajadda' yang bermaksud 'sesiapa yang berusaha...pasti berjaya'.  


Pemangkin semangat daripada unit Perakaunan :-D

#Oh Melaka engkau tetap dihati, oh Melaka gunung sanggup didaki, oh Melaka lautan ku renangi berjuang dan berbakti untuk ibu pertiwi- pickup lirik sorak KAKOM :-)

Saturday, 14 September 2013

Takut...Gentar...Cuak...

  Perasaan aku bercampur baur apabila mengenangkan beberapa hari lagi result UPS nak keluar.  Walaupun hanya 10% daripada result sebenar, tapi terasa macam besar je nilai dia.  Hurm...apa nak buat kan benda dah lepas.  Nak ubah tak boleh, nak ulang pun tak boleh.  Terima je lah dengan hati terbuka.  Buat penambahbaikan pada masa hadapan, macam PSPM yang lagi sebulan.  Aku akan berusaha lebih lagi kali ni dan tingkatkan penguasaan dalam setiap subjek.

#Takut tak takut, Gentar tak gentar, Cuak tak cuak cuak...Go Delta (sorry Charlie) hahaha

Friday, 23 August 2013

Having a friend like you

  It hard to find a friend such like you, maybe never get at all.  I am trying and trying to find but all fail. Even they don't have any characteristic like you, all that they have are hate each other, lying, shows their friends their bad mood, never need forgiven in their life. And the very hurt thing that they never feel that i'm their friends at all.  I know this is a sad story but i need to shares about this big problem to me.

  First at all i'm sorry because i had did it before to my all friends.  But i know that my old friends all are lying to me, they be my friend because i'm loaded.  I have money and can buy them credit for their phone.  Silly me for being their friends even I know what is their agenda.  Even my secondary school friends still 'play stupid game' to me, maybe i should take mom's words 'must move on, having a life.  Forget the past, and maybe will meet them later but not now'.  I agree with that, must move on with my new life.  Chill with everything that i will get, never see the past.  Only change the bad thing that you did before.

Lastly, don't be a moron girl, study, change nto the good one and always smile, love Allah, mom, dad and sibling.

xoxo